Halaman

Follower

25 Mac 2021

KOLEKSI KAIN DOBBY SEJUK DAN FLOWY

 KOLEKSI KAIN DOBBY SEJUK DAN FLOWY


Hai semua.  Jumpa lagi kita.  Kali ini akak nak perkenalkan sejenis kain yang sejuk dan flowy iaitu Dobby China.  Kain ini sangat eksklusif dengan design seakan batik dan warna yang menarik.  Sangat sesuai untuk pakaian sedondon bersama keluarga pada hari raya atau molek juga untuk seragam bersama rakan pejabat bagi meraikan majlis rasmi jabatan.


   

Bidang kain 45, material dobby China dan kurang kerja menggosok.  Elok kita jaga eloklah rupanya.  Sebaiknya lepas basuh terus jemur dan sangkut akan mengurangkan kedutan pada kain.  Terlewat ke majlis kerana menghabiskan masa untuk menggosok pakaian?  Tidak lagi.  Sesiapa yang pernah menggunakan pasti memahami kualiti kain ini.




Kain open meter, boleh beli berapa meter yang nak dengan minima pembelian 2 meter.




Stok kain agak terhad, siapa cepat dia dapat.
Kalau terlambat amatnya melepas.




Warna-warna kain yang menarik dan design batik amat sesuai untuk semua majlis.
Sesuai untuk wanita dan lelaki, memandangkan designya tidaklah terlalu kebungaan.. nampak sesuai dijadikan kemeja lelaki.



Pilihan warna menarik yang memukau setiap mata memandang.
Dari mata turun ke hati... jom la korang pilih yang mana berkenan.


Warna hijau emerald ini nampak ekselusif dan sepadan dengan siapa saja yang menyukai warna hijau atau yang memiliki aura diri nombor 4.




Warna hijau turquoise ini tidak kurang hebatnya.




Warna merah melambangkan keberanian dan kekuatan dalaman diri.  Pemakainya pasti nampak berseri dan menyerlah dengan keberanian namun masih lagi tampil anggun dengan alunan corak seakan batik yang menghiasi kain.




Peminat warna mustard pasti juga tidak melepaskan peluang untuk memiliki koleksi ini.


Warna-warna cantik ini pastinya menjadi milik awak semua yang bijak dalam menilai kualiti kain dengan corak da warna yang sepadan.


Berminat.


Terima kasih kerana bersedia memiliki Koleksi Kain Dobi Sejuk dan Flowy.



3 ulasan:

Dari sebelah